Saturday, 29 December 2012

Unforgettable Solemnization Ever

Agak bersawang blog ini memandangkan I'm quite busy with my sister's wedding. Alhamdulillah Majlis Pernikahan berjalan dengan sangat meriah diselang selikan dengan situasi panik dek kerana ribut taufan yang melanda Shah Alam pada 21 Disember 2012, tarikh yang kononnya doomsday bagi orang Mayan..Maka agak doomsday juga untuk kami yang bertungkus lumus menyiapkan majlis ini. Ribut yang tidak reda sejak tengah hari lanjut hingga ke Maghrib. Keterujaan ahli keluarga untuk memasak sendiri nasi beriani gam buat tetamu lengkap dengan daging beriani, dalca tulang, ayam goreng, salad telur dan tidak lupa air limau kasturi asam kecut, teh tarik dan kopi..semuanya hasil tangan ahli keluarga besar kami. Memang seronok rewang beramai ramai tapi bila rewang dalam ribut..ramai la yang rasa nak demam. Majlis akad nikah diadakan pada jam 10 malam memandangkan hari tersebut adalah hari Jumaat..hari bekerja.

Menjelang maghrib 4 deep fryers telah di switch on kan at the same time and how silly it was (maybe sebab dah penat sangat..sampai tak perasan and I was there too..apa punya engineer..hahaha), 3 plug deep fryer dipasang pada satu extension cord. So akibatnya overload..n tarrraaa...blackout di tengah ribut. Dan hari makin gelap..hujan makin menggila..kebanyakan dari kami, pasukan rewang masih berT-shirt. Skuad menggoreng ayam dah berpeluh-peluh pindahkan ayam dalam kuali and kami kesuntukan masa..Bila-bila masa sahaja keluarga pihak lelaki akan sampai. Teh tarik dan nasi beriani disediakan dalam gelap. Percubaan menggunakan lilin tidak berjaya memandangkan angin bertiup begitu kencang. Lampu suluh dan lampu handphone terpaksa digunakan untuk meneruskan penyediaan teh tarik, ayam dan nasi beriani.

Dalam masa yang sama, usaha-usaha mengembalikan elektrik giat dijalankan. Surprisingly ada 2 Engineer TNB dalam rumah, 1 student electrical engineering and my hubby yang mempunyai tangan magic tak dapat selesaikan masalah ini. Player import terpaksa dipanggil. Dalam keadaan hujan dan banjir di Shah Alam katanya, siapa yang boleh datang repair dalam masa 1 jam. Luckily ada Clubhouse's electrician yang dah nak balik. So dia berjaya settlekan problem blackout ni..Kalau tak candle light wedding la..Adala dalam 2 jam kami bergelap. By the time letrik ada, semua lauk pauk dah siap..terror kan all my aunties and not to forget my cousins..

Lebih tragis, make up artist tersangkut dalam banjir. Dah pukul 7.30 pun tak sampai sampai lagi. Bayangkan betapa paniknya pengantin..Jadi kena la pergi selamatkan make up artist. Nasib baik sempat make up.

Rumah kami cuma ada 3 bathrooms so bergilir-gilir mandi dalam gelap and bersiap dalam gelap. Tapi by the time majlis berlangsung tak ada yang comot. Semua muka cool je macam tak de pape berlaku..

After that everything went well. Rombongan lelaki sampai, hujan pun dah berhenti. Masa majlis berlangsung, I'm suppose to take care of the PA system..haha loser nya..tak nak buat dah kerja ni. Dah bunyikan kompang 10 minit agaknya pengantin tak masuk masuk..hahah

And dah nak akad nikah pun ada benda lawak jugak.." Sahaja aku nikahkan dikau dengan anakku..Nawal Nadiah....." Hahahhahaha..kawin lagi sekali la nampaknya. Dah tersilap anak ni.Macam la ramai sangat anak perempuannya. Ada 2 je pun. My father accidently sebut my name maybe because everybody in the family panggil my sister angah..so jarang sebut nama dia compared to me..memang panggil nama..hahha

Pelamin nikah dan hantaran dari Pihak Perempuan..
Kami tidur pukul 4 pagi berkendara pulak lepas berkenduri..Membersihkan dan mengemas and tidak lupa moreh rokok bagi yang memerlukan..Lauk dan nasi habis licin ngam soi..Terror betul Puan Chef..

Ada banyak lagi tragedi sebenarnya yang tidak dinyatakan di sini and I believe this is an unforgettable memory to all yang involve..Terima kasih yang tidak terhingga untuk semua yang bertungkus lumus..without all of you..kita order mamak je la hari tu..haha..tidak ternilai jasa dan kasih sayang yang ditunjukkan dari anda semua buat keluarga kami.

2 comments:

  1. Tahniah kepada your small dan big family...

    ReplyDelete
    Replies
    1. TQ TQ..This is what family suppose to be..berada di sisi ketika susah dan senang ;)

      Delete